Friday 3 February 2012

Orang yang sangat aku sukai ialah

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik Nabi SAW bersabda yang bermaksud “Sudah ditentukan waktu bagi kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, " Wahai Iblis, siapakah orang yang terlebih engkau sukai?"

Berkata Iblis, " Orang yang sangat aku sukai ialah lelaki atau perempuan yang tidak mahu mencukur bulu ari-arinya (bulu yang tumbuh disekeliling kemaluan) dalam tempuh 40 hari, maka duduklah aku mengecilkan diriku disitu seperti kutu. Dan bersarang aku disana dan demikian juga aku akan bergantung dan berbuai-buai pada bulu ketiak yang tidak dicukurnya atau tidak dicabutnya dalam masa 40 hari."

Mencukur ari-ari di dalam hadis digunakan dengan nama istihdad kiasan bagi mencukur ari-ari, iaitu buluan yang tumbuh di sekeliling zakar lelaki dan qubul perempuan atau di bahagian atas kedua-duanya. Merupakan sunnah sepertimana hadis-hadis yang jelas diterangkan sebelumnya. Diharuskan juga mencabut, menggunting atau menghilangkannya dengan alat-alat seperti kapur dan sebagainya. Tetapi yang paling afdal adalah mencukur. Seseorang itu mestilah mencukur dengan sendirinya. Jangan dibiarkan bulu ari-ari ini selama 40 hari.

No comments:

Post a Comment

korunk yg ke :

->

Now we're friend